Thursday, 30 May 2013

BBM 3410 SALAM TERAKHIR

                               
                                                  Nama : Nur Hafizah Binti Razali
                                                  No. Matrik : 158216
             
Salam terakhir...

Salam terakhir ini ditujukan khas untuk kursus Bahasa Dalam Multimedia yang merupakan kursus paling banyak tugasan dan juga cabaran. Namun, melalui kursus ini jugaklah saya memahami banyak perkara, saya saya merasai  pelbagai pengalaman, saya merasai situasi berbeza, saya belajar menjaga hati sendiri dan orang lain, saya belajar mengawal keadaan, saya cuba memahirkan diri dan yang paling penting adalah ilmu dan hubungan persaudaraan.

Buat ahli kumpulan saya untuk kursus ini iaitu JEJARI PATAH, terdiri daripada Nurfarhana Shahira, Siti Nurul A'in, Nur Nadirah, dan Nur Syifa Auliya...terima kasih kerana saling memahami, saling memberi buah fikiran, saling bertolak-ansur, saling bekerjasama, dan banyak lagi. Terima kasih untuk segalanya!. Lima jiwa, lima hati, lima karenah, lima citarasa, lima kehendak dan pelbagai lagi lima, kita berjaya satukan dalam JEJARI PATAH. Terima kasih tak terhingga kalian. Begitu juga dengan kumpulan lain yang pernah menjalinkan kerjasama dengan JEJARI PATAH. Terima kasih BIDASARI UNNIE! Terima kasih BITARA!

Buat insan istimewa dan yang paling penting dalam kursus ini iaitu Dr. Normaliza dan Dr.Arbaie terima kasih dengan segala ilmu dan tunjuk ajar. Dengan segala tugasa yang diberikan, saya dapat rasakan pengalaman yang tidak ada dalam kursus lain. Terima kasih untuk segalanya.

Akhir salam, saya minta maaf untuk semua kesilapan saya, kekurangan saya dan untuk segala kesalahan saya. Oleh itu, selamat menikmati segala tugasan yang telah dihasilkan.

Tugasan Video yang pertama : Tarian dan 'miming'.




Lagu : Hoorey hoorey, Sudirman.
http://www.youtube.com/watch?v=enMYeR3Z3Eo
(video tidak dapat dimuat naik kerana masalah tertentu yang dikesali)


                                     Tugasan Video yang kedua : Bertemakan seram dan 'suspen'



Tugasan video ketiga : Video Tanpa Wajah


Tugasan video keempat : Betul dan Salah





Tugasan video kelima : Realitinya Malaysia



Tugasan fotografi : Gambar yang menggambarkan makna Simpulan Bahasa


cekik darah



ringan mulut


pencuci mulut



sehelai sepinggang


kutu embun


otak geliga


darah daging




mayat hidup


air tangan

Tugasan gambar unik 



























































Tugasan kalendar 2014














Tugasan poster 











Friday, 24 May 2013

BBM3410-LAMAN WEB

Salam Bahasa Multimedia

Laman web ini dibina bagi memenuhi keperluan kursus BBM 3410. Selamat mengenali 'Gubahan Aksara'. Semoga mendapat manfaat bersama.

http://gubahanaksara.weebly.com/

Sunday, 21 April 2013

BBM 3410 : Pengalaman Video Seram UPM

Serangan Psiko.
Itulah tajuk video kami. Kami tidak menggunakan unsur-unsur makhluk tertentu atau hantu dalam video seram ini. Kami memaparkan detik-detik dan peristiwa-peristiwa cemas dengan cara kami sendiri berdasarkan jalan cerita yang telah digarap dan juga bantuan bunyi latar yang mendebarkan.

Bukan senang nak buat video bagi penonton rasa terkejut dan debaran. Babak kami banyak dan masa diberikan hanya beberapa minit. Jadi kami perlu melakukan pemotongan semasa proses mengedit. Memakan masa juga nak edit video ini dan yang menjadi masalah utama kami adalah "sound effect" berdasarkan kesesuaian babak. Walau apapun kami cuba yang terbaik dah hasilnya bolehlah menontonnya di Youtube.Ini dia linknya .http://www.youtube.com/watch?v=JciHhfXL44I

Tuesday, 16 April 2013

'V' CUT, LAYER CUT AND BOB CUT

Gunting jangan tak gunting. haha. Inilah program yang aku dengan mak aku pergi sebelum sambut hari lahir mak aku. Persatuan wanita di kampung aku ada anjurkan program demo gunting rambut untuk perempuan. Belajar gunting rambut tiga fesyen. Pertama 'V' cut, lepast tu layer cut dan akhir sekali bob cut. Ingatkan senang tapi susah tau. Lagi-lagi pasangan aku adalah mak aku, hehe. Biasalah kalau buat kerja dengan mak sendiri, memang kenalah kalau buat salah. Tapi tak pe untuk ilmu dan pengalaman, terisi juga cuti pertengahan semester aku.

 Mak aku asyik bebel kat aku, cara aku gunting rambut tak betul. Padahal aku rasa dah betul. Sekali bila aku pandang mak aku betul-betul, mak aku lupa pakai cermin matalah, haishy...dah rabun tapi nak tegur-tegur orang. hehe.

Demo dari cikgu dulu