Serangan Psiko.
Itulah tajuk video kami. Kami tidak menggunakan unsur-unsur makhluk tertentu atau hantu dalam video seram ini. Kami memaparkan detik-detik dan peristiwa-peristiwa cemas dengan cara kami sendiri berdasarkan jalan cerita yang telah digarap dan juga bantuan bunyi latar yang mendebarkan.
Bukan senang nak buat video bagi penonton rasa terkejut dan debaran. Babak kami banyak dan masa diberikan hanya beberapa minit. Jadi kami perlu melakukan pemotongan semasa proses mengedit. Memakan masa juga nak edit video ini dan yang menjadi masalah utama kami adalah "sound effect" berdasarkan kesesuaian babak. Walau apapun kami cuba yang terbaik dah hasilnya bolehlah menontonnya di Youtube.Ini dia linknya .http://www.youtube.com/watch?v=JciHhfXL44I
Sunday, 21 April 2013
Tuesday, 16 April 2013
'V' CUT, LAYER CUT AND BOB CUT
Gunting jangan tak gunting. haha. Inilah program yang aku dengan mak aku pergi sebelum sambut hari lahir mak aku. Persatuan wanita di kampung aku ada anjurkan program demo gunting rambut untuk perempuan. Belajar gunting rambut tiga fesyen. Pertama 'V' cut, lepast tu layer cut dan akhir sekali bob cut. Ingatkan senang tapi susah tau. Lagi-lagi pasangan aku adalah mak aku, hehe. Biasalah kalau buat kerja dengan mak sendiri, memang kenalah kalau buat salah. Tapi tak pe untuk ilmu dan pengalaman, terisi juga cuti pertengahan semester aku.
Mak aku asyik bebel kat aku, cara aku gunting rambut tak betul. Padahal aku rasa dah betul. Sekali bila aku pandang mak aku betul-betul, mak aku lupa pakai cermin matalah, haishy...dah rabun tapi nak tegur-tegur orang. hehe.

Demo dari cikgu dulu
Sambut ulangtahun kelahiran mak tersayang!!!
Pada 7 April lalu adalah hari lahir mak aku yang ke 52 tahun. Selamat ulangtahun kelahiran mak! Ya Allah, ampunkan dosa mak, panjangkan umur mak, rahmatilah kehidupan mak, tabahkan hati mak dalam mendidik kami, berikan kesihatan yang baik untuk mak dan permudahkan segala urusan mak untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin...
Kami sambut sederhana je, yang penting bacaan doa wajib ada. Pada hari kejadian, aku seperti biasa akan ditugaskan untuk menyediakan juadah. Tahun ini, dapat permintaan nak aku masak nasi ayam. O.klah tu, senang je tak banyak keje.Tak renyah. Aku masak agak awal sebab ada program lain. Kek pula aku suruh akak aku dan abang ipar belikan. Perisa Tiramitsu kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya nak sambut lepas zohor tapi akak aku yang beli kek tu pergi kenduri dulu dan petang baru sampai rumah. Lagi pun aku dan mak aku ada program lain. Tak pelah buat petangla lepas asar. Sambut kat rumah jiran sebelah, jiran aku tu rumah nenek aku, hehe.
Seperti biasa , kita hanya merancang yang menentukan Allah. Program aku dan mak aku sertai tu lambat habis. Jadi sambutannya buat agak lewat petang. Tapi, Alhamduliilah tetap terasa kebahagian itu. Atuk aku baca doa selamat, kami mengaminkan, mak potong kek dan makan ramai-ramai.
Skema tak ayat akak aku, hehe
Allah selamatkan Emak!

Inilah insan yang amat aku sayangi dunia dan akhirat. MAK!
Allah selamatkan Emak!
Yang ini pula akak aku bersama bayi dalam perut, ahaks!, abang aku dan sepupu aku, sara n tira.
Thursday, 4 April 2013
Video One Shoot UPM
Salam Multimedia
Kumpulan : Jejari Patah
Tujuan : Kursus BBM 3410
Pilihan lagu : Bahasa Jiwa Bangsa
Pergerakan : Spontan
Tempat : Bukit Expo
Bilangan rakaman : tak banyak
Masa : suntuk
Andaian : Mungkin akan ditolak
Kenyataan : Ya, memang kena buat lagi
Rasa : Tak pe, pengalaman
Akan datang : nantikan yang baru.
Tindakan : Belajar dari kesilapan
Allhamdulillah. Segala Puji bagi Allah.
Video kedua, kami pilih lagu Sudirman, Hoorey! Hoorey!. Kami masing-masing bukannya pandai menari sangat. Kami cuba je menari mana termampu. Semua bagi kerjasama yang baik walaupun banyak kerja dalam satu masa nak buat. Nak kena buat video baru untuk menari nie, nak kena betulkan gambar slaid simpulan bahasa dan tugasan terbaru video seram. Alhamdulillah. Kami berjaya lakukannya. Syukur :) Terima kasih kepada Dr. Notts bagi kami rasai pengalaman yang amat berharga ini yang semestinya tak boleh dapat di mana-mana. Ini link untuk video hoorey, hoorey kami. hehe. malu pulak bila tengok diri sendiri. Tapi apakan daya wajib diturutkan demi ilmu. http://www.youtube.com/watch?v=enMYeR3Z3Eo

Simpulan Bahasa UPM
Salam Linguistik!
Kutu embun
Darah daging
Lurus bendul
Ringan mulut
Pencuci mulut
Kambing hitan
Batu api
Cekik darah
Air tangan
Mayat hidup
Itulah antara simpulan bahasa yang perlu kami gayakan dalam gambar untuk tugasan kali ini. Kami dikehendaki membuat slaid bersama lagu. Lagu yang menjadi pilihan kami adalah Lemak Manis nyanyian Roslan Mindun.
Bukan senang ye, nak sampaikan makna simpulan bahasa hanya melalui gambar. Buntu juga otak memikir. Bila dah siap dan dibentangkan, macam biasalah ada yang o.k dan ada yang ditolak. Yang mana ditolak kerana penyampaian makna simpulan bahasa dan gambar tidak jelas maka kena buat baliklah jawabnya.
Kat bawah nie sebahagian daripada gambar-gambar yang menyampaikan makna simpulan bahasa. Macam2 ada, yang lawak yang seram semua ada. Apa-apa pun setiap yang dilalui merupakan pengalaman yang berharga. Itu...ini...begitu...begini...
Mayat hidup
Otak geliga
Darah daging
Lurus bendul
Air tangan, hehe (malunye)
Subscribe to:
Comments (Atom)