Salam Pengalaman Indah :)
Pada tanggal 23 dan 24 Mac, aku ada buat kajian untuk kursus kebudayaan Melayu. Kami ke Tapah Perak untuk mengkaji Orang Asli Semai. Ramai juga yang pergi, empat buah bas. Destinasi pertama kami adalah di Sekolah Kebangsaan Batu 7. Cikgu-cikgu, ibu bapa dan adik-adik darjah lima dah tunggu kami dari pagi. (semangat!!!, yeah! itulah yang kami inginkan) Dalam tengah hari kami pun tiba, syukur Alhamdulillah. Setelah, beramah mesra dan menemu-ramah serta dipersembahkan dengan tradisi sewang, kami pun bertolak ke tapak perkhemahan di Kuala Woh. (Teruja sangat! pengalaman pertama nak berkhemah tepi sungai)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Pada sebelah malam kami tak ada apa-apa aktiviti pun.Masing-masing ada agenda sendiri malam tu. Ada yang borak-borak kosong, ada yang dah hanyut dibuai lena, ada yang jalan-jalan tak tentu arah dari khemah ke khemah dan ada yang main 'spontan' (ala yang balas-balas soalan dalam super spontan tu). Yang nie, aku dan kawan-kawan. Seronok sangat, bukan setakat seronok tapi beronok-ronok sangat. Ada yang bagi soalan berbentuk ilmiah, yang tu aku tak tahan memang kerja aku gelak je. Siapa yang jawab soalan atau tak bagi dalam bentuk soalan akan didenda. Dendanya adalah jawab soalan dengan jujur atau buat persembahan. Tapi aku tak terlibat dengan denda nie, biasalah dah pakar buat soalan. haha. Hentam je, janji soalan.Serius, mesti aku rindu saat macam nie nanti....:(. Yang tak berapa mesra sebelum nie, dah jadi mesra. Memang sangat-sangat berbaloi.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Keesokan harinya kami mandi sungai (bestnya, ada air panas tu. SubbhanAllah. Sungguh indah ciptaanNya). Selepas itu, kami ke Perkampungan Orang Asli Batu 14 pula. Kali nie kena redah hutan sikit. Banyak ilmu pengetahuan tentang khasiat tumbuhan herba. Buah-buahan hutan pun sedap. Dan destinasi terakhir yang dinanti-nantikan ialah tempat peranginan Cameron Highland. Cakap pasal Cameron nie, teringat pula aku masa aku kecil-kecil dulu, sekolah aku nak buat lawatan kat Cameron. Lepas tu, balik sekolah aku terus cakap kat aruwah ayah aku. Aku : " nak pergi Cameron England boleh?" Aruwah Ayah : " Pergi mana adik? Cameron England? Jauh tu (sambil tergelak-gelak)" Aku : " Yela...Cameron England tempat sejuk kat Pahang tu.. bolehla..Rm50 je". Aruwah Ayah : tu Cameron Highland la bukan England". Hahaha, biasalah bila dah teruja, apa-apa boleh jadikan.hehe. Eh, sambung balik, sampai di Mardi Cameron, hujan pun mencurah, sejuk sangat... Tak sempat nak tawaf pun kat situ. Kat Tanah Rata tempat jual-jual tu pun tak singgah...nasib baik dah pernah pergi sebelum nie, tak lah kempunan sangat. Tapi lau singgah pun best juga. Masa lalu kat Tanah Rata tu, kami cuba pancing simpati pemandu bas. Antara ayat-ayatnya adalah " Bestnya, banyaknya baju cantik-cantik" " Kita tak ada lagi la baju Cameron, kesian kita.." " Duit banyak lagi, tak habis guna lagi" "Eh,eh, banyaknya jualan, kalau singgahkan best". Hahaha, tapi apakan daya, tayar bas terus berputar sekali gus meninggalkan Cameron...huhu. Tidak mengapa kami redha. Apa-apa pun tetap terasa keseronokkannya.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Eh, lupa pula nak bagi tahu, "maigah" nie bermaksud apa khbar?. Nie dalam Bahasa Semai dan "bor" maksudnya baik. Dah panjang lebar dah. Akhir kata, marilah mengutip pengalaman dan mengukir kenangan.
Kat bawah nie, sedikit gambar yang sempat diambil semasa lawatan. Sekian, salam manis. Itu, ini, begitu,begini. :)