Terbengkalai kejap blog aku nie. Al maklumlah tak pernah ada blog sebelum ini, tak biasa lagi, masih kekok. Disebabkan 'semboyan' telah berbunyi maka kena dan wajib juga kemaskini blog nie. Sebenarnya dah rangka pun setiap hari apa yang nak dicoretkan dalam blog nie tapi disebabkan kekangan-kekangan yang tertentu maka terbiar kejaplah blog nie. Dengan sibuknya, dan dengan sistem rangkaiannya yang tak dapat dihubungkan merupakan penghalang terbesar dalam mengemaskini blog ini. Tapi ini tak boleh dijadikan alasan sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, itulah alasannya.
Tak pe demi BBM 3410 akan ku sengkangkan mata. Semakin lama semakin faham dengan gaya atau 'ala' pengajaran Dr.Notts. Kena lincah, petah, cepat, disiplin, sabar, tabah, usaha, berani, kerjasama, cerdas, tawakal, redha dan macam-macam lagi bagi mengharungi pelbagai kemungkinan yang perlu dihadapi dalam kuliah beliau. Kena sentiasa peka dan dalam keadaan bersedia dan bukannya senang diri!.
Tugasan kedua kami adalah mengenai kemahiran mengambil gambar berdasarkan tiga jenis shot iaitu mug shot, medium shot dan full shot. Kami kena ambil gambar dengan pelbagai emosi. Suka, sedih, kecewa, malas, sakit dan banyak lagi. Masa tulah kesihatan aku tak berapa mengizinkan, jadi aku buat emosi sedih dan sakit, malas pun aku ada buat. Entah pape entah...Tapi susah juga nak beremosi depan kamera nie. Dalam keadaan kurang pengalaman, kelam kabut macam biasa. Syukur kami berjaya juga membuatnya.Walaupun tak tahu o.k ke k.o. Janji siap dan kami dah bagi sehabis baik.
Tengoklah antara gambar yang kami ambil, lawak pun ada, hihihihi
No comments:
Post a Comment