Wednesday, 13 March 2013

Kejap! kejap!... Ya Allah!

Salam

'Kejap! kejap! Ya Allah...' itulah yang aku cakap bila kesuntukan masa. Ini semua hal semalam dalam kelas multimedia. Rasa macam nak putar balik jarum jam tu. Kelam kabut sangat-sangat, rasa macam masuk master chef je semalam tetibe je rancangan masakan masuk kan. Tapi kami tetap coOl siap berzikir munajat lagi saat-saat genting. Kerja tak susah mana tapi rumit atau renyah yang memerlukan banyak masa dan ketelitian. Walau bagaimana macam mana pun, (amboi!) Alhamduliilah kami berjaya siapkan juga walaupun hampir nak terpatah jari  tapi tak kisah, kami kan kumpulan "Jejari Patah". Banyak perkara yang dapat aku pelajari dalam kursus ini, bukan setakat ilmu dalam multimedia malah dapat pupuk kerjasama, komunikasi dan banyak lagilah tapi yang paling penting adalah kesabaran. Haisyh....macam-macam, itu, ini, begitu, begini. daa.... :)

                                          Bersedia untuk berjuang dengan segala kelengkapan




Mencari dan menggunting huruf di majalah.


Memilih iklan majalah yang sesuai.


Sesi tampal- menampal.



Ketika memasang reben pada minit-minit terakhir tapi masih lagi mampu memperlihatkan simbol keamanan.

Syukur Alhamdulillah. Mempersembahkan. Siap sudah. Muka teruja!



Akhir sekali, apa lagi kutip sampah la. Apa yang penting kebersihan!

No comments:

Post a Comment