Saturday, 30 March 2013

Baris!!! Sedia!!!



Salam 1 Malaysia!

Baris!!! Sedia!!! Ini bukan di Padang Kawad sahaja tetapi dalam kuliah juga. Hehe, nie mukadimah aku nak cerita pasal kuliah BBM 3410. Pasti sangat kod kursus inilah yang akan aku ingat sampai periksa akhir nanti. Selalunya aku tak berapa amik pusing sangat nak ingat kod kursus. Tapi untuk bahasa dalam multimedia ini, kes dia istimewa sikit. Nanti masa nak isi maklumat kod kursus kat kertas periksa mesti aku ingat, tak payah nak rujuk kertas soalan macam biasa. Mesti aku terus je tulis, hehe.

Untuk kali nie, kuliah macam biasa cergas, pantas dan memerlukan daya kepekaan yang jitu. Kami kena maklumkan mengenai apa yang dipelajari daripada kelas sebelum ini. Setiap kumpulan kena bagi tahu dan tidak boleh sama dengan kumpulan lain. Jadi sememangnya kepekaan amat diperlukan pada waktu tersebut. Semua perlu berada dalam keadaan bersedia dengan tahap pemikiran dan kepetahan yang utuh.

Untuk tugasan yang selanjutnya ada dua. Pertama kena buat slaid show mengenai simpulan bahasa yang dijelaskan hanya melalui gambar. Antara simpulan bahasa kumpulan kami ialah kutu embun, air tangan, darah daging, ringan mulut, batu api, lurus bendul, kambing hitan dan mayat hidup. Bukan senang nak tangkap gambar bagi menjelaskan makna simpulan bahasa tersebut. Tapi apa-apa pun tetap seronok, lawak pun ye, tergelak sampai lemah lutut pun ada. haha. Gambar yang seram pun ada, apa lagi mayat hidupla. Aku gunakan teknik solekan untuk nampak macam mayat. Kawan aku pun menggayakan lagi dengan memek muka, maka bertambah menjadilah gambar kami. Tugasan kedua pula, kena buat video yang kena menari bagai. Entahla, aku bukan pandai menari pun. Tunggu dan lihat jela hasilnya nanti. Ketemu dilain coretan. Itu...ini..begitu...begini...

No comments:

Post a Comment